Wednesday, 29 June 2011

Nazar seorang lelaki apabila akhirnya Osama di bunuh.

Tidak bercukur

Gary Weddle, 50, ialah seorang guru sains sekolah menengah dari Wenatchee Washington. Pada 11 September 2001 beliau sedang bertugas apabila mendengar berita World Trade Center diserang pengganas berani mati. Akibat terlalu kusyuk melayan laporan berita selama berhari-hari beliau tidak bercukur sehingga jambangnya menjadi panjang. Isteri beliau meyuruhnya memcukur janggut yang semakin panjang itu tetapi Gary bernazar yang beliau tidak akan mencukur janggutnya sehinggalah Osama bin Laden ditangkap atau mati dibunuh.

Semalam setelah hampir 10 tahun ulangtahun 911, Gary akhirnya mencukur janggutnya sebagai menyambut berita kematian Osama di
Abbotabad Pakistan
. Isteri dan anak-anak beliau merasa lega kerana selama hampir 10 tahun mereka memaksa Gary bercukur kerana mereka percaya Osama tidak akan berjaya ditangkap. Apabila ditanya perasaan beliau selepas 10 tahun tidak bercukur Gary berkata
"Saya lupa rasa betapa lembutnya pipi saya!"

 



0 comments:

Post a Comment